Cerpen : Untukmu Sayang
Published On Saturday, October 24, 2009. Under: Koleksi Novel-Cerpen.
Nama Pena : MAWAR SHAKIRA "Abang,Lia redha kalau Abang berkahwin lain,ini demi abang jugak."Alia memandang sayup wajah suaminya itu.Tidak mengapalah,demi kasih dia sanggup melakukan apa sahaja. "Lia,berapa kali Abang nak cakap?Jangan berbicara soal itu!Abang sayang Lia dan Abang tidak akan sesekali menduakan Lia".Hazriq meninggikan suara seakan tidak senang dengan penyataan isterinya itu. "Tapi Abang,Lia tidak sanggup melihat Abang tidak mempunyai zuriat sendiri,Abang jangan harapkan Lia,Harapan Lia untuk memberi Abang zuriat amatlah tipis."Alia mula menitiskan air mata.Dia sedar akan kelemahan dirinya