Nama Pena : NUQYQA Suasana kelas 5AS bising dengan suara para pelajar yang bersembang.Pasti tiada guru di dalam,maka ramailah yang mula buka kedai kopi menayang cerita baru.Gelak ketawa jelas kedengaran. Insyirah kelam kabut di tempat duduknya bertungkus lumus mahu menyiapkan kerja sejarah yang lupa di buat semalam.Selepas rehat,cikgu Suraya pasti akan masuk dan meminta kerjanya,kalau tidak di hantar..Alamat bersedialah dengan sesi kaunseling yang panjang lebar sampai telinga pun penuh,tak tahan nak dengar. Raiqal mendekati Insyirah dan berdiri di sebelah meja.Insyirah mendongak."Nak per?Aku tengah sibuk ni.." "Aku nak ajak kau buat study group petang ni.Nak tak?Aku,kau,mail,nani dengan wan.Nak?" Isyirah memeluk tubuhnya."Susahlah wei.Korang tak pelah tak duduk asrama.Sekarang dah ada peraturan baru,kalau petang nak prep hanya di bilik prep.Tak boleh ke kawasan luar asrama walaupun sekolah.Kalau aku langgar,alamat famouslah nama aku nanti kena panggil dengan warden." Raiqal mengeluh."Adoi,aku baru ingat nak suruh kau ajar chemistry.Leceh betullah..Aku…"belum sempat Raiqal menghabiskan kata-kata,Cikgu Izian masuk ke kelas bersama seorang budak lelaki.
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Saya terpaksa tinguk ulangan konsert kelima sebab tidak berkesempatan menontonnya pada hari Sabtu sebab menghadiri Misa Kudus [Malam Paska]. Saya cuma sempat tinguk penyingkiran Sidi masa tu.
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment