Jue Tolak Gelaran Artis Simbol Seks
Published On Tuesday, May 19, 2009. Under:
Seputar Artis.
Tolak Gelaran Artis Simbol Seks Ramai peminat tahu Jue digosipkan dengan Shawal AF5, kemudian dia mengaku intim dengan aktor Hans Isaac TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis 'dihujani' dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan. Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.