Novel : Gadis Kasanova 2
Published On Tuesday, May 26, 2009. Under:
Koleksi Novel-Cerpen.
Nama Pena : delaila andrew Suasana kelas Dash 1 aliran tasawwur islam dan kimia di Violet High School bising sekali.Ada budak-budak lelaki yang sibuk menari tarian shuffle di belakang kelas sambil diperhati seisi kelasnya kecuali Hana yang sibuk membaca buku Sejarah . Baginya , tarian itu seperti beruk nak beranak sahaja! ."Lebih baik membaca daripada aku melihat tarian beruk itu.Macam mana dia orang boleh tertarik tarian ni…terutama si Shark dengan Hakim!Best sangat ke huh?" getus suara hati Hana.Kalau dicakap begitu depan-depan , nahas pula! "Weh , baik korang duduk! Karang cikgu datang , mampus korang! Yang lain, baca la buku! Buat apa tengok dia orang ? " Tiba – tiba Hakim mencelah "Apa la kau ni , cikgu tu kan MC.Enjoy la.Baca la kemudian.Jom la tengok aku menari Hana." kata Hakim sambil menari di hadapan Hana