Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
- Thursday, April 2, 2009, 22:36
-
Kisah Nabi & Rasul
- 136 views
SELESAI membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tidak ada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan...” Firman Allah, bermaksud: “Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ... Full story
Kisah Cinta Adam dan Hawa
- Thursday, April 2, 2009, 21:59
-
Kisah Nabi & Rasul
- 107 views
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). Adam a.s hidup sendirian dan sebatang ... Full story
Mukjizat Nabi Musa hadapi Firaun
- Saturday, March 28, 2009, 22:49
-
Kisah Nabi & Rasul
- 47 views
PADA suatu hari, Musa mengambil kesempatan meninjau di sekitar kota dan hendak dijadikan cerita beliau terserempak dua lelaki sedang berkelahi, masing-masing di kalangan Bani Israel bernama Samiri dan bangsa Firaun, Fatun. Melihatkan pergaduhan itu Musa mahu mententeramkan mereka, tetapi ditepis Fatun. Tanpa berlengah Musa terus menghayunkan satu penumbuk ke atas Fatun, lalu tersungkur dan meninggal dunia. Apabila mendapati lelaki itu meninggal dunia kerana tindakannya, Musa memohon ampun ... Full story
Allah limpahkan rezeki Ilyas
- Friday, March 27, 2009, 22:27
-
Kisah Nabi & Rasul
- 47 views
Nabi Ilyas, seorang daripada keturunan Nabi Harun. Diutuskan Allah kepada satu kaum daripada Bani Israel yang berada dalam kesesatan kerana mereka menyekutukan Allah dengan menyembah patung dan berhala bernama Ba’al. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk seorang rasul. Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya; mengapa kamu tidak bertakwa kepada Allah? Patutkah kamu menyembah Ba’al dan kamu tinggalkan sebaik-baik pencipta, iaitu Allah Tuhanmu, Tuhan bapa-bapamu ... Full story
Sulaiman kawal jin, haiwan
- Wednesday, March 25, 2009, 22:37
-
Kisah Nabi & Rasul
- 8 views
NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya. Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai ... Full story
Musa dihanyut ke Sungai Nil
- Saturday, March 21, 2009, 22:53
-
Kisah Nabi & Rasul
- 6 views
NABI berikutnya, Nabi Musa, diutuskan memimpin Bani Israel ke jalan benar supaya beriman dan bertakwa kepada Allah. Beliau ialah anak Imran dan Yukabad bin Qahat, bersaudara dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada pemerintahan Firaun. Waktu kelahirannya cukup cemas kerana Firaun menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir ... Full story
Nabi Harun fasih berbicara
- Saturday, March 21, 2009, 22:40
-
Kisah Nabi & Rasul
- 3 views
RASUL seterusnya ialah Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Beliau ialah saudara seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.” Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa ... Full story
- Friday, March 20, 2009, 22:42
-
Kisah Nabi & Rasul
- 7 views
SELEPAS keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau diwajibkan berpuasa 10 hari lagi. Dengan itu puasa Musa genap 40 ...
Full story
Allah makbul doa Nabi Zakaria
- Friday, March 20, 2009, 22:30
-
Kisah Nabi & Rasul
- 4 views
KETURUNAN Nabi Sulaiman ialah Nabi Zakaria, seorang yang cukup berpengetahuan di kalangan Bani Israel dan beliau mempunyai isteri bernama Isya. Isterinya bersaudara dengan Hannah, yang bersuamikan Imran. Hannah terlalu berkeinginan mendapatkan anak, sehingga bernazar: “Jika Allah mengurniakan anak, maka anakku itu akan aku serahkan ke rumah suci-Mu Baitulmaqdis.” Doa Hannah diterima Allah, tetapi suaminya meninggal dunia sebelum melihat anaknya, Maryam dilahirkan. Apabila melahirkan Maryam, Hannah meletakkannya di ... Full story
Nabi Yahya lahir berkat doa bapa
- Sunday, March 15, 2009, 22:05
-
Kisah Nabi & Rasul
- 3 views
FIRMAN Allah, bermaksud: “Wahai Yahya, ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak. Dan Kami anugerahkan pula kepadanya rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian daripada dosa dan ia adalah seorang yang bertakwa. “Dan seorang yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan bukanlah dia seorang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan baginya pada hari dia dilahirkan dan ... Full story