Taib bangga dengan Hafiz
Oleh Jessica Jawing
Ketua Menteri berharap rakyat Sarawak meraih inspirasi untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita murni
KUCHING: Juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz yang baru pulang ke Bumi Kenyalang semalam menerima perutusan amanat daripada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
|
Amanat yang dibacakan oleh Hafiz itu sendiri berbunyi, Taib dan semua warga seluruh Sarawak berasa bangga dengan pencapaian dan kecemerlangan Hafiz dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada mereka yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita murni.
Tambah beliau, kejayaan Hafiz itu menggambarkan hasrat murni anak-anak generasi muda Sarawak yang ingin berjaya.
“Dengan kesempatan ini, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd, Pengetua AF, tenaga pengajar dan semua krew penerbitan yang terlibat dalam menghasilkan dan membimbing Hafiz selama dalam akademi,” ujar Taib.
Beliau dengan itu juga berharap semoga Hafiz akan terus melangkah maju pada masa hadapan.
Ketibaan Hafiz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.00 pagi semalam disambut oleh Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Hamden Ahmad.
Kedatangan remaja berusia 19 tahun itu di LTAK ternyata amat mengujakan apabila dihadiri oleh lebih kurang 1,000 peminat yang tidak mengira usia dan masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk merakam kenangan serta tandatangan daripada juara AF7 ini dan juga warga Sarawak yang pertama menjuarai AF.
Hafiz pada sebelah malamnya juga akan mengadakan sesi bertemu peminat di Kompleks Pelancongan Sarawak bermula pada jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam.
Hafiz yang berasal dari Kuching diumumkan sebagai juara AF7 di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei lepas dengan memperolehi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi sekali gus menewaskan empat peserta akhir lain iaitu Aril (kedua) Akim (ketiga), Yazid (keempat) dan Isma (kelima).
Hafiz yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang semakin popular di Malaysia berjaya memenangi kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, percutian ke New York untuk dua orang, sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 (Olympus), penapis udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine selama setahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20,000 dan juga piala.
Dapatkan kisah artis dan gosip artis di email anda sekarang:
See the original post here:
Taib bangga dengan Hafiz
Possibly Related Posts:
- Rona bahagia
- Foto / Gambar / Photo Trend Rambut Cowok Selebritis Jepang, Korea, Mandarin Seri 2
- Afgan Suka Gonta Ganti Cewek
- Carissa Puteri Pacaran Sama Richard Kevin ?
- Marcella Zaliyanti Dituntut 1.6 Tahun Penjara