Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menggalakkan Pokok Ros Berbunga
Siram pokok bunga ros dengan air cucian beras. InsyaAllah pokok akan mengeluarkan bunga yang banyak.
Menghilangkan Bau Petai Di Mulut
Goreng sedikit beras tanpa minyak. Kemudian kunyah beras tersebut sehingga lumat di mulut dan makan. InsyaAllah, bau petai atau jering tersebut akan hilang dengan mudah.
Mengilatkan Emas
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam jawa semalaman, kemudian gosok dengan ubat gigi.
Baju Terkena Minyak
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat yang kena dan biarkan semalaman.
Mengilap Perabut Lama
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang lembut. InsyaAllah perabut anda akan kembali berseri.
Menghilangkan Mabuk Perjalanan Petua 1 : Jika anda mabuk kerana menaiki kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah limau tersebut semasa dalam perjalanan, Insya-Allah rasa, meloya anda akan hilang.
Petua 2 :Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman dan kemudian cuci dan bilas seperti biasa.
Menghalau Semut Halus Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.
Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.
Elakkan Anak Mengigau
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau. Sembelih ayam jantan dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah lalu dimasak , ianya boleh di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah dimasak gulai atau digoreng tidak memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah disembelih halal,dan berilah makan kepada anak anda. Petua ini telah dicuba dan ternyata berhasil. InsyaAllah.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah. Biarkan beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Mengharumkan Bilik Tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.
Terkena Atau Terpijak Paku Berkarat Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik.
Air Akuarium Tahan Lama
Bagi membuat air akuarium lebih lama bertahan dari selalu ditukar ganti , masukkan seketul arang bagi menjernihkannya.
Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahu ikan bilis lalu diberikan kepada binatang peliharaan untuk dimakan. InsyAllah, ini akan menggemukkannya.
Menghindarkan Tikus
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.
Membuat Minyak Urut Kelapa
Ramuannya ialah 3 camca besar halba, 4cm halia, 4cm kunyit hidup, 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah dan minyak kelapa dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak sehingga menjadi minyak. Cara membuatnya ialah tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Melebatkan Misai dan Janggut
Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4 gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada misai dan janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.
|