Novel : Terlihat Cinta Dimatanya 1

Nama Pena : Riesna Zasly

Petang itu, langit yang membahang cerah mulai beransur-ansur menjinak jingga. Awan komulus yang bersemi putih tampak berarak di sela-sela lazuardi biru. Seperti ditolak gugusan angin agar membentuk pusaran-pusaran indah di kanvas ufuk muka. Matahari persis disembunyikan sehingga membentuk serakan cahaya bening nan mesra. Gunung-ganang dan puncak perbukitan ikut tenggelam dalam kesamarannya. Seakan memberi laluan pada alam agar mulai mengatur masa untuk kembali kelam, mengikut iradatnya

Di kejauhan, bas yang berbumbung putih dan berdinding warna biru indigo itu meluncur laju di jalanan. Sesekali ia teroleng-oleng ke kiri-kanan mengikut petaan jalan yang berliku-liku seperti ular yang di palu. Membelah dataran demi dataran tanah yang bernaung di sekitarnya.

Di perut bas yang tampak mewah itu, Herlina masih menerawang dalam lamunannya sendiri. Deru air-con bas yang mencengkam dingin menusuk-nusuk ke liang kulitnya yang mulus. Herlina berkeluh lemah beberapa kali. Matanya yang membundar indah itu tampak lelah. Menggambarkan hatinya yang tak tertanggung gundah.

Pandangannya diterjangkan ke luar jendela bas yang siap berlangsir biru laut itu. Tak jemu matanya memandang ke arah suasana demi suasana yang bertukar ganti di luar sana. Gunung-ganang, rumah-rumah pelbagai bentuk dan pepohonan yang beraneka rupa melayar silih berganti di ruang matanya bagaikan adegan-adegan bioskop. Ya! Hidupnya juga bagai adegan wayang gambar yang panjang. Liku-demi liku hidup ditempuh bagaikan tiada cela sehingga dirinya terbentuk seperti kini.

Herlina melirik jam bersadur keperakan di pergelangan tangan kiri. Sudah pukul 4 petang! Maknanya sudah enam jam dia duduk terpekur di perut bas itu. Setelah dia mula sampai di tanahair lewat lapangan terbang KLIA tengahari tadi. Tubuhnya terasa amat letih. Dia terus membuang pandang ke alam luar seraya melayan kebosanan diri. Herlina masih ingat gunung-gunung, lurah perbukitan dan rumah-rumah itu. Bahkan semua permandangan di sepanjang jalan itu masih tersimpan erat di cepu kepalanya. Dua tahun lalu pernah terjejak langkahnya di sini. Dia tak pernah lupa!

Sebetulnya Herlina baru saja pulang ke tanahair setelah dua tahun penuh berkursus di Amerika. Dia mengikuti kursus sarjana singkat dalam bidang pendidikan di Pittsburg, sebuah pekan kecil di bandar Kansas, Amerika. Pittsburg State University itu merupakan kampus kenangan dimana kedua arwah ibu dan ayahnya bertemu dan pertama kali bercinta. Seakan amanat yang tak disangka, dia juga ikut belajar di situ. Malah memenuhi sarjana yang sama seperti ibunya untuk menjadi seorang guru. Herlina bangga dapat memenuhi cita-cita orang tuanya. Dua tahun dia hidup di pekan kecil yang tak ramai berpenghuni itu, benar-benar mengungsi kerinduan batinnya pada tanahair. Tambahan pula, semua insan kesayangan ditinggal jauh beribu batu dari ruang mata.

Herlina masih ingat lagi sewaktu dia bergegas untuk pulang selepas sehari tamatnya majlis penutup kursus tersebut. Dia terburu-buru menempah tiket untuk pulang. Malah sudah mula mengemas segala barang keperluannya ke dalam beg pakaian. Ramai kawan-kawan yang kebingungan sendiri melihatkan kesibukannya untuk pulang awal.

“Kau nak ke mana, rina?” Christine menyoal dengan kerutan seribu di dahi sewaktu melihatkan dirinya yang sibuk mengosongkan pakaian dari perut almari. Matanya melotot kehairanan.

“Pulang!” Herlina menjawab hambar

“Mengapa begitu awal? Kan kita ada majlis perpisahan hari isnin nanti. Apa kau tak mahu turut serta?”, tanya rakan sebiliknya yang lain, Nedo. Nedo ikut memerhatikan tingkah lakunya dengan wajah yang walang.

Nedo dan Christine merupakan rakan sekuliah yang berkongsi pangsapuri dengannya di pekan Pittburgs itu. Mereka sering bersama ke mana-mana sahaja. Mereka juga agak akrab. Tambahan pula, hanya mereka bertiga sahaja penuntut berbangsa asia yang berada di kelas yang sama. Malah mungkin di seluruh Universiti tersebut. Kerana sepanjang dua tahun Herlina disana, tak pernah sekalipun dia bertembung penuntut Asia yang lain. Hanya dia, Nedo dan Christine. Dimana-mana sahaja, hanya mereka bertiga. Dikelilingi oleh lautan manusia berkulit putih dan merah. Serta sedikit hitam.

Herlina masih ingat bagaimana teman-teman itu berusaha keras memujuknya agar jangan berangkat awal pulang ke tanahair. Mereka juga menggesanya untuk turut serta di majlis perpisahan yang dianjurkan oleh pihak Universiti mereka nanti. Namun dia tetap berkeras untuk pulang. Sehingga Nedo hampir-hampir merajuk dan tidak mahu menegurnya selama beberapa hari.

“Pulang juga kau, rina!.”.

Tak tergambar perasaan sayu melihatkan teman-temannya itu berkeluh resah di saat mengiring dia ke lapangan terbang. Tak dapat dia bayangkan betapa keruh raut wajah Nedo dan Christine di kala itu. Nedo tak putus mengalirkan air mata seraya terisak-isak. Mata Christine juga tampak berkaca-kaca. Suasana suram menyelubungi hati mereka. Herlina mengerti perasaan mereka ini. Selepas perpisahan ini, mungkin sukar untuk mereka dipertemukan lagi. Maklum sahaja, Nedo jauh di tanah seberang. Christine pula di negara timur jauh. Dia sendiri pula di Malaysia. Hanya takdir yang benar-benar utuh sahaja yang mungkin dapat mempertemukan mereka semula.

Dia masih ingat ketika mereka berpelukan erat sebelum masing-masing mengucapkan tanda perpisahan. Airmata dan ciuman membasahi di setiap wajah. Mereka berjanji akan saling berutus surat dan menghantar kabar berita setelah selamat sampai ke tanahair masing-masing. Mereka juga tekad untuk tidak akan melupakan kesetiakawanan.

Herlina menyeka matanya yang berkaca-kaca dengan saputangan putih bersulam yang tergenggam di tangan kanan. Saputangan pemberian Ardi, suaminya di saat dia mulai berangkat untuk ke Amerika dua tahun lalu. Suami yang ditinggalkan sementara untuk memenuhi cita-citanya kepada arwah ibu dan ayah.

Herlina memejamkan erat matanya sedetik seraya mengeluh lemah. Hatinya pusang. Hampir satu jam dia mundar-mandir di sekitar KLIA mencari kelibat ardi tadi. Ardi yang berjanji akan menantinya setelah dia tiba. Dia juga cuba menghubungi Ardi lewat handphone, malah tak berjawab. Fikirannya benar-benar buntu ketika itu. Perasaan aneh mengungsi batinnya secara tiba-tiba.

“Hello! Pak Tarmizi ya! Ini Herlina. Abang Ardi ada?.

Herlina terus menghubungi rumah keluarga Ardi meminta kepastian setelah dia lelah tidak menjumpai Ardi di mana-mana.

“Rina ke tu? Abah ni. Ardi memang tak ada sejak semalam. Dia tak jemput Rina ke?”

Terdengar nada kehairanan pada suara bapa Ardi.

“Saya tak jumpa dia la, abah! Dah satu jam tertunggu di sini. Handphonenya pun tak diangkat!”

“Ada baiknya rina balik terus ke sini! Masih tahu kan jalan untuk ke rumah abah? Abah tunggu ye!”

Dan akhirnya, Herlina memutuskan untuk mencari jalan pulang sendiri. Dengan benak yang berpinar-pinar kehampaan. Adakah Ardi lupa yang dia tiba hari ini? Masihkah suaminya teringat padanya?

Fikiran Herlina menerawang di kala pertemuan pertamanya dengan Ardi. Zaman remaja yang bergolak meriah meniti hidupnya ketika itu. Mereka belajar di sekolah yang sama. Namun mereka tidak pernah berjumpa walau sekalipun di sepanjang lima tahun itu. Padahal, Ardi sekelas dengan dia setiap kali matapelajaran agama dan pengajian am. Ardi benar-benar tidak terkenal di sekolah mereka. Tidak seperti dia. Setelah menempuh peperiksaan besar SPM di waktu hampir tamat tempoh pengajian mereka, barulah mereka dipertemukan.

Ketika itu, pihak sekolah mengadakan sebuah majlis untuk meraikan mereka yang sudah tamat pengajian. Majlis malam itu berlangsung meriah di dewan besar sekolah. Ada acara makan-makan dan persembahan para pelajar. Kugiran sekolah mereka sendiri juga mengalunkan lagu-lagu nolstalgia yang melirik mereka langsung menari. Di saat itu lah, Herlina baru mengesan kelibat Ardi. Pemuda kurus tinggi bertubuh jangkung itu agak pendiam orangnya. Kulitnya hitam manis dengan iras wajah bermata galak, berhidung separa mancung menyerlahkan darah campuran melayu-arab yang semarak dalam tubuhnya. Seulas lesung pipit yang terlekuk manis dipangkal pipi kanan tampak samar dengan kacamata berbingkai tebal yang dikenakan.

Di majlis itu, Ardi menunjukkan bakatnya bermain gitar akustik dengan irama lagu-lagu instrumental yang menarik sekali. Semua mata menumpu padanya di atas pentas. Seakan terpaku dengan penampilannya. Dan mereka ditemukan apabila teman-teman rapat mendesak Herlina mengalunkan sebuah lagu, setelah tahu bakatnya menyanyi. Akhirnya, herlina menyanyikan sebuah lagu dengan diiringi getaran gitar Ardi. Tidak dapat dibayangkan betapa tersipu-sipunya dia apabila dipersendakan oleh para teman. Masih dikenangnya lagi juga di saat buat pertama kali Ardi menegurnya di setelah itu.

“I tak sangka ada di antara grup kita ni yang pandai menyanyi.Suara you sedap!” tegur ardi penuh pujian padanya di suatu sudut ruang majlis yang diadakan.

Herlina agak terkejut juga. Maklum saja, sebelum ini belum pernah ada lelaki yang berani menegurnya secara melulu. Herlina sangat dikenali dengan sikapnya yang pendiam. Malah di antara para teman perempuannya, dia agak dihormati.

“Terima kasih!” Herlina menjawab ala kadar sahaja.

Memang dia tidak gemar berbicara berlebih-lebihan dengan lelaki. Dia juga agak terkejut apabila mendapati ardi berani menegurnya ketika itu. Hatinya Kelu. Dan perbualannya dengan ardi itu terputus begitu saja.

Namun segalanya diluar dugaan Herlina. Seminggu berikutnya, dia agak terkejut apabila mendapat panggilan dari Ardi. Ardi dengan berani mempelawanya untuk keluar berjalan santai ke bandar seraya makan bersama. Herlina terpaku juga dengan perlawaan itu. Makin terkejut bila memikirkan dari manakah lelaki pendiam itu mendapat nombor telefon rumahnya. Setelah ditanya, rupa-rupanya Pakcik Rashid yang menyodorkan nombor itu pada Ardi. Malah tak disangka, Ardi bekerja separuh masa di pejabat pakciknya untuk meluangkan masa cuti.

‘Date’ pertama mereka berlangsung agak gawat juga. Ardi membawa dia makan di sebuah restoran makanan segera sempena meraikan gaji pertama dia bekerja. Mereka hanya mampu saling bertatap dan makan dengan penuh sopan.Tiada meletuskan sebarang bunyi sekalipun. Begitu berhati-hati. Maklum sahaja, masing-masing agak gentar di pertemuan itu,ditambah pula dengan sikap saling pendiam mereka. Mereka seperti sepasang manusia bisu dan tuli yang beku di persekitaran yang riuh rendah. Kaku dalam dunia mereka sendiri.

Hari demi hari yang berlalu makin menyemarakkan perkenalan mereka. Ardi begitu telaten terhadap dirinya. Herlina juga agak terpesona dengan sikap sopan Ardi padanya. Mereka sering keluar bersama. Mereka juga sering melakukan banyak aktiviti bersama. Malah, mereka saling berhubung kabar satu sama lain hampir setiap hari. Paling menakjubkan, pakcik rashid juga merestui perkenalan mereka. Adik ayah yang juga penjaganya itu, begitu menyenangi Ardi. Bahkan amat mempercayainya. Mereka juga agak rapat berdua seperti sekeluarga biarpun selalu bertemu di tempat kerja.

Dan setelah enam bulan berselang, Herlina menamatkan zaman gadisnya dalam perkahwinan bersama ardi di dalam usia yang begitu muda. Itu pun setelah Ardi melamarnya dengan lagak yang gentar berpeluh. Malah hanya berani mengumpul keberanian setelah enam bulan untuk mengucapkan cinta.

Pada mulanya, sanak saudara di sebelah orang tua herlina tidak bersetuju dengan perkahwinan itu yang tampak terlalu tergesa-gesa. Setelah Pakcik Rashid memberikan penjelasan dan meminta pertimbangan dengan teliti kepada mereka, barulah mereka akur setuju. Akhirnya, sirih junjungan tetap bertepak juga.

Tidak sampai dua purnama menjadi suri, herlina mendapat peluang untuk mengikuti kursus di Amerika selama dua tahun. Jurusan pendidikan yang ditawarkan itu sudah lama menjadi buah yang diidam-idamkannya selama ini. Itu juga merupakan amanat dari arwah kedua ibu dan ayahnya. Dengan berbekalkan harapan dan nekad, Herlina meninggalkan tanahair untuk memburu cita-citanya itu. Pergi meninggalkan suami tercinta dan segalanya.

Read more:
Novel : Terlihat Cinta Dimatanya 1

Possibly Related Posts:


Kirim Artikel ini ke Member..
Friend Email
Enter your message
Enter below security code
This entry was posted on Tuesday, May 26th, 2009 and is filed under Koleksi Novel-Cerpen. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Novel : Teguran Illahi 1 »

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.

Sponsors

Select Interface Language:


Webs Traffic Rank

Links

  • WordPress Planet

Sinema Indo – Ketika Cinta Bertasbih 2

Klikk Disini Untuk Nonton

Possibly Related Posts:


Gaya Hidup/Kesihatan

Waspada! 30 Penyakit Akibat Pemanasan Global

BERDASARKAN Data Organisasi Kesehatan dunia (WHO) tercatat ada sebanyak 30 penyakit baru yang muncul sepanjang tahun 1976-2008 akibat perubahan iklim dan pemanasan global.

Munculnya penyakit ini akibat temperatur suhu panas bumi yang terus meningkat. Yang paling jelas kelihatan adalah penyakit demam berdarah, kolera, diare, disusul virus ebola yang sangat mematikan. Menurut WHO, masalah kesehatan akibat pemanasan global ini lebih dirasakan oleh negara-negara berkembang yang sebagian masih miskin karena minimnya dana sehingga tak mampu lagi melaksanakan berbagai program persiapan dan tanggap darurat.

Untuk mengatasi dampak buruk perubahan iklim terhadap kesehatan manusia itu, tidak bisa dilakukan sendiri oleh masing-masing negara. Upaya itu baru akan berhasil jika dilakukan melalui kerja sama global, seperti misalnya meningkatkan pengawasan dan pengendalian penyakit-penyakit infeksi, memastikan penggunaan air tanah yang kian surut, dan mengoordinasikan tindakan kesehatan darurat.

Itu semua penting dilakukan karena perubahan iklim ini jelas-jelas akibat dari kegiatan manusia yang tak peduli terhadap keseimbangan alam, yang kemudian berimplikasi serius terhadap kesehatan publik. Selain menyebabkan gangguan kesehatan, perubahan iklim juga mengakibatkan berbagai bencana alam yang sangat besar.

Jangan ragu, ayo selamatkan bumi sekarang juga! Mulailah dari hal sederhana yang bisa Anda dan keluarga lakukan, misalnya menghemat listrik dan air, mengurangi penggunakan kantong plastik, memilah-milah sampah sesuai jenisnya, dan sebagainya.

Sumber: Okezone

Possibly Related Posts:


Terbanyak Dibaca