Aku termenung sendiri mengenangkan nasib yang menimpa diri. Aku seorang anak yatim yang kehilangan ayah sejak aku di tingkatan satu lagi. Kini sudah lima tahun perkara itu berlalu. Namun bagi ku kehilangan insan yang paling disayangi adalah semangat untuk aku meneruskan hidup ini. Maknanya sudah lima tahun jugalah aku menghuni asrama harian yang berdekatan dengan sekolah ku.
Banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui bersama rakan-rakan dan Warden asrama yang begitu baik terhadap ku. Masih teringat lagi ketika duit yang diberi oleh ibu hilang kerana dicuri oleh kakak di dormku sendiri. Ketika itu aku baru sahaja menghuni di asrama itu. Warden asrama yang banyak menolongku. Bertungkus lumus Cikgu Halimah menyiasat siapa pencurinya. Dia jugalah yang memberi duit kepada aku untuk berbelanja di sekolah. Aku amat terhutang budi dengan Cikgu Halimah. Tapi itu dulu, kini cikgu Halimah telah berpindah ke sekolah lain dan tempatnya digantikan dengan warden baru. Cikgu Rashidah memang berlainan dengan Cikgu Halimah. Dia tiada pengalaman menjadi warden asrama. Aku terpaksa memberitahunya tentang disiplin asrama putri. Maklumlah tugas ketua putri memang berat bagiku. Bukan sahaja warden putri malah warden putra pun telah berpindah dan Cikgu Mazlan yang telah menggantikannya. Selama aku menghuni di asrama ini, warden putra tidak boleh mencampuri tugas warden putri kecuali kalau dibenarkan oleh warden putri sendiri. Tapi berlainan dengan Cikgu Mazlan, baginya dia berhak ke atas putra dan putri. Aku masih ingat pesanan Cikgu Halimah tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. Bukannya aku tak pernah bertindak malah aku pernah dihina oleh Cikgu Mazlan sendiri. Sikap cikgu Mazlan telah membuatkan diri aku berubah. Aku tidak lagi menghiraukan disiplin asrama. Sudah berkali-kali aku keluar asrama tanpa pengetahuan warden. Bukan itu sahaja, malah aku tidak pernah memakai unifrom asrama lagi. Perkara ini telah diketahui oleh Cikgu Mazlan. Pada suatu hari aku dipanggil oleh cikgu Mazlan ke pejabat sekolah. "Saya ternampak kamu keluar asrama tanpa kebenaran warden, malah kamu memakai baju biasa! Inikah perangai ketua putri?" Cikgu Mazlan menengking. Aku hanya mendiamkan diri. Bukan kerana aku takut tetapi aku masih hormatkan Cikgu Mazlan. Kalau ikutkan hati nak sahaja aku melawan balik. Tapi aku sedar dengan status ku sebagai seorang pelajar. "Dah tak de mulut ke? Kenapa? Awak takut saya tarik jawatan awak?" Cikgu Mazlan masih menengking. Bukan itu sahaja malah mengugut untuk menarik balik jawatan ku. Perasaan marah aku semakin meluap-luap. "Memang saya nak letak jawatan.Saya dah tak sanggup nak bekerjasama dengan seorang yang gila kuasa macam cikgu ni. Gila jawatan!" Fuh! Lega rasanya. "Ada pun mulut, ingat dah bisu. Baik kalau awak nak letak jawatan, lagi bagus letak jawatan sekarang. Senang saya nak cari orang ganti awak." Selamba sahaja Cikgu Mazlan menjawab. Geram sungguh aku dengan sikap cikgu Mazlan. Malas aku hendak melayan Cikgu Mazlan lagi. Aku berlalu dan terus masuk ke kelas. Tanpa aku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi yang gebu ini. Teringat aku dengan kekasih hati ku Nazmin. Dialah tempat aku mengadu masalah. Tapi kami berlainan sekolah. Itulah yang membuatkan hati ku semakin bercelaru. Sampai di kelas, rakan-rakan terus menyerbu. "Eh, kau kenapa? Kau nangis ye? Siapa buat kau?" Bertalu-talu soalan yang datang dari mulut Anna, rakan karib ku. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Rakan sekelas kebingungan dengan jawapan yang aku berikan, aku melangkahkan kaki yang lemah untuk kembali ke tempat duduk ku. Fikiranku ligat memikirkan bagaimana caranya untuk keluar dari asrama itu. Baru aku teringat makcikku yang duduk berdekatan dengan sekolah. Tapi makcik ku itu orang berada.Takut untuk aku menyuarakan pendapat ku itu kepada ibu. Apatah lagi kepada makcik ku. "Aku tanya kau ni, janganlah nangis lagi. Cuba cakap dengan aku apa masalah kau." Tegur Anna. Lama Anna menunggu jawapan dari ku. "A... a... aku nak kelu.. luar asramalah. Ka... kau boleh tolong a... aku tak?"Aku bersuara dalam sedu tangisan. "Apa, kau nak keluar asrama! Habis tu kau nak duduk mana?" Terkejut Anna dengan jawapan yang aku berikan. "Aku nak duduk rumah makcik aku kat Ampang Pecah. Kau tolong aku cari idea nak bagi kat mak aku, boleh tak?" Tangisan ku hampir reda. "Idea...... macam mana yek......... ha.. kau cakap la yang kau kena buang asrama kan senang." Senangnya budak ni.. "Gila apa! Nak kena marah dengan mak aku. Tak pasal-pasal kena penampar.” "He... he... he.. .aku memain je. Ha.... baru aku ingat, hari tu kau gagal Sains kan?" "Sains.... ala itu pun sebab aku tak dapat nak studi kat asrama, asyik nak uruskan budak-budak tu je. Macam mana aku nak studi." Aku mengesat sisa-sisa air mata tadi. "Banyak pulak cakap. Aku suruh kau fikir. Kau cakap dengan mak kau yang kau nak tuisyen dengan Cikgu Badrul." Anna tersenyum seakan akan tahu yang cadangannya akan diterima. Aku membalas senyumannya. ”Berguna juga otak si Anna ni”. Bisik hati ku. ************************************* "Woit, senyum-senyum, kerjalah bukan berangan." Terkekeh-kekeh Nurul bila melihat reaksi aku yang terkejut. "Terkejut aku, nasib baik aku tak de sakit jantung kalau tak.. siapa susah?" Marah ku. Nurul rakan sekerja di kedai kasut yang agak popular di KL. Aku baru sahaja selesai peperiksaan SPM. Lamunan ku tadi hancur disebabkan kejutan Nurul. "Siapa lagi ... abang sayang..... jugak." Nurul mengusik lagi. "Tau tak pe. Eh, mak aku pun susah jugak!" "Dah.. dah.... makin dilayan kau ni makin menjadi-jadi. Kau pikir apa tadi, sampai aku datang pun kau tak sedar. Rindu kat abg ker?" Nurul mengusik lagi. "Aku sentiasa rindu kat abg aku." Aku tersenyum."Aku teringat masa kat sekolah dulu. Ye lah sekarang ni dah jadi pekerja bukan pelajar lagi." Muka ku yang sentiasa memberikan senyuman muram kembali. "Sudahlah yang berlalu biarkan berlalu, yang penting sekarang ni kau kena layan customer. Dah... pergi cepat nanti kena marah dengan kak Ila baru tau." Geli hati Nurul melihat gelagat ku. Bukan dia tak boleh layan customer tu, tapi dia sengaja suruh aku layan supaya apa yang sedang aku fikirkan tadi hilang buat sementara waktu. Bagi Nurul, aku adalah seorang rakan yang tak henti-henti membuat orang ketawa. Senang cakap suka buat lawak. Tengok sahaja cara aku layan customer orang dah tahu yang aku seorang yang periang. Bukan aku nak memuji diri sendiri. Tapi ini adalah diri ku yang sebenar. "Rugi kau tak layan customer tu, dia beli kasut kulit. Banyaklah komisen aku." Aku menghampiri Nurul yang dari tadi asyik memerhati gerak-geri ku. "Tak heran aku.Tadi masa kau berangan dah banyak aku dapat komisen." Nurul mengusik lagi. Aku mencebikkan bibir. Malas aku nak melayan si Nurul ni. "Nak ke mana lagi?" Nurul menegur apabila aku meluru keluar dari kedai. "Nak tepon abang sayang................" Aku berlari menuju telefon awam berdekatan. Nurul hanya mampu menggelengkan kepala. Aku mengangkat gagang, memasukkan duit dan mendail. Trut....Trut....Trut.... "Hello" "Hello, assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Nazmin?" Hati ku tiba-tiba berdebar-debar. "Waalaikumussalam. Ye Nazmin cakap ni." "Abang, ni Alialah. Abang sihat? Dah makan? Dah mandi?" Soalku seperti selalu. Walaupun kami sebaya, namun aku tetap memanggilnya abang. Nak tahu kenapa aku panggilnya abang. Sebenarnya aku dan Nazmin telah dicabar oleh seorang kawan, Iwan namanya. Dia memang rapat dengan Nazmin. Cabar punya cabar terus melekat sampai sekarang. Lagi pun aku menganggap benda itu sebagai perhormatan dalam hubungan aku dan Nazmin. "O.... Alia. Abang sihat *****a letih je. Dah makan pun. Mandi pun dah. Alia dah makan?" Nazmin begitu ambil berat tentang pemakanan ku, maklumlah aku ada gastrik. Makan kena ikut waktu. "Alia dah makan. Abang, Alia tengah kerja ni. Saje je tepon nak dengar suara Abang. Rindu pulak." Memang aku sedang merindui jejaka itu. Jejaka yang diidamkan dahulu, kini menjadi milik aku. Dia seorang yang memahami diriku. "Tipu je tengah kerja, kan Alia tengah tepon Abang," Nazmin mengusik. Itulah sikap Nazmin yang paling aku suka.Nazmin selalu membuat hati aku terhibur. "Abang ni, memainlah." Marah ku dengan manja. "Ok... ok.. Abang pun rindu kat Alia." Nazmin memujuk. Sebenarnya Nazmin ni tak lah pandai memujuk sangat. Kalau aku merajuk pun, akulah yang akan memujuk diri sendiri. "Ye lah. Abang duit dah habis, nanti Alia tepon balik ye. Assalamualaikum, bye." "Waalaikumussalam. Bye." Klik! *************************************** Hari ini keputusan SPM akan keluar. Pagi-pagi lagi aku bersiap untuk pergi ke sekolah. Sudah tiga hari aku berhenti kerja di kedai kasut itu. Aku ingin meneruskan cita-citaku untuk membuka sebuah restoran dan khidmat katering. Aku menaiki bas menuju ke stesen komuter dan terus pergi ke Rawang. Kuala Kubu Bharu bukannya dekat. Aku terpaksa menaiki banyak kenderaan. Sampai sahaja di sekolah, aku terus berjumpa dengan rakan karib ku. "Assalamualaikum, lama tak jumpa?" Aku menepuk bahu Anna. Terkejut bukan kepalang. Anna menggelengkan kepala. Faham benar dia dengan perangai ku. "Waalaikumussalam, kau ni dari dulu sampai sekarang macam tulah perangai kau." "Ait takkan marah kot." Tersenyum aku melihat reaksi Anna yang terkejut. "Tak marah, geram je." Anna mengetap bibirnya. "Kau dah ambil result?" Memandangkan Anna datang lebih awal dari ku. Maklumlah, perjalanan aku sudah mengambil masa 3 jam. Lain pula dengan Anna, dia memang menetap di Kuala Kubu Bharu. "Dah, kau yang ketinggalan," Anna melihat kembali keputusannya. Dari memek mukanya itu, aku dapat meneka yang dia tidak berpuas hati dengan keputusannya itu. "Apasal pulak ni, meh sini aku tengok!" Aku merampas kertas itu dari Anna. "Apa rampas-rampas ni?" Marah Anna. "Em...ok je." Aku tahu target Anna bukan satu A sahaja.Tapi dah kira ok lah semua kredit. "Ok kau kata! Satu A, mana cukup!" Anna mencebekkan bibirnya. "Oklah tu, kau satu A. Aku mesti tak ada A." Aku cuba memujuk. Aku tahu Anna lebih bijak dari ku. Malah sewaktu peperiksaan percubaan pun Anna lebih menyerlah. "Kau belum ambil lagi dah banyak cakap. Entah-entah kau dapat banyak A." Mukanya masam kembali. Takut benar kalau aku lebih banyak A darinya. Mesti gempak punya. Mana taknya, selama dia berkawan dengan aku, tak pernah aku mendapat A dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Keputusan PMR aku pun tak ada yang A. "Wow! Untunglah aku kalau dapat banyak A." Aku berlalu ke pejabat sekolah meninggalkan Anna yang sedang gelisah. Hati berdebar-debar bila kaki melangkah masuk. Sementara itu Anna sedang menunggu di kantin sekolah. Tak sampai 10 minit aku telah kembali ke kantin. "Woit! Termenung lagi." "Kau ni tak habis-habis nak terperanjatkan aku. Berapa kau dapat." Pucat lesi mukanya bila aku mengejutnya dari belakang. "Biasa la siapa tak kenal Alia."Aku tersengih menampakkan barisan gigi ku yang putih. "Berapa?" "Kau ni macam tak kenal aku pulak. Tak de A!" Faham benar aku dengan perangai Anna. Dia cemburu kalau aku mendapat lebih darinya. Walaupun dia cemburu, tetapi hatinya baik. Biasalah dalam pelajaran mestilah kena bersaing. Kalau dah bersaing mestilah ada pemenangnya. Dialah yang selalu menjadi pemenangnya. Aku bukan tak pernah jadi pemenang, kadang-kadang tu adalah. Itu pun dalam mata pelajaran pendidikan seni dan agama. Aku tak kisah semua tu, bukan aku tak pernah usaha, malah siap pergi tuisyen lagi. Orang kata aku cepat faham. Tapi yang membuatkan aku banyak ketinggalan adalah sikap pelupa aku. Nak buat macam mana dah nasib badan. "Ish...kau ni tak de A kau boleh senyum lagi." Terkejut aku dengan teguran Anna. "Dah la jom kita pergi minum, aku belanja." Aku menarik tangan Anna dan terus meninggalkan kawasan sekolah. Malas aku nak melayan si Anna ni. Makin dilayan makin banyaklah aku kena bebel dengan dia. ******************************** Sejak dari hari keluar keputusan sampailah sekarang, aku masih belum terima mana-mana panggilan untuk meneruskan pelajaran. Tiga bulan sudah pun berlalu. Risau juga dibuatnya. Anna, sudah pun pergi ke Kolej Yayasan Melaka. Aku doakan Anna akan berjaya. Rakan-rakan yang lain pun sudah terima bermacam-macam tawaran. Ada yang dapat Politeknik, ada yang dapat Institut Kemahiran Mara (IKM), ada juga yang mendapat panggilan dari universiti-universiti dan tidak ketinggalan yang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Malah yang mendapat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pun sudah balik ke rumah. Namun aku masih tidak mendapat tawaran mana-mana tempat. Ada juga aku mendapat panggilan tingkatan enam dari sekolah lama ku. Bukan aku tak nak terima, tapi aku tak sanggup nak bersemuka dengan Cikgu Mazlan lagi. "Kak Alia ada surat," Adik ku menghulurkan sepucuk surat bersampul coklat, sekaligus menyedarkan aku dari lamunan. "Nampak macam penting je." Ibu pula memberi pendapat. Aku tidak berkata apa-apa, *****a tangan ku pantas mengoyakkan sampul surat itu. "Tahniah! Anda telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran selama setahun dalam bidang katering dan masakan........." "Ibu, Alia dapat tawaran belajar dalam bidang katering dan masakan."Jerit ku gembira. "Alhamdulillah, swasta atau kerajaan." Risau ibu kalau-kalau dia tak mampu menanggung kos pembayarannya. Aku terdiam dengan kata-kata ibu. 'Mampukah ibu.?' "Swasta...." Suara ku antara dengar dengan tidak. Ibu terus berlalu pergi. Otak ku ligat memikirkan masalah itu. Sudah lama aku menunggu tawaran sebegitu dan akhirnya aku terpaksa menolaknya. ”Kau jangan cepat mengalah, kau mesti berusaha. Jangan susahkan orang tua kau. Kau kena berusaha dari bawah dan hasilnya nanti akan membuatkan kau tersenyum puas. Baik aku akan buktikan yang aku akan berjaya,” Aku bermain dengan perasan sendiri. Sejak dari hari itu, ibu tidak banyak bercakap. Risau juga aku dibuatnya. Aku menghampiri ibu dan memberitahunya akan keputusan yang muktamad. Sejak ayah ku meninggal, ibulah yang menanggung semuanya. Dialah ayah, dialah emak.Aku tak nak menyusahkannya lagi. "Ibu Alia dah buat keputusan. Alia akan pergi bila duit yang Alia kumpul sudah cukup." Terkejut ibu dengan keputusan muktamad ku. "Alia akan bekerja sehingga duit Alia cukup untuk menampung segala kos pembelajaran Alia. Ibu jangan risau. Alia tak nak susahkan ibu. Adik-adik masih bersekolah. Bukannya Alia tak boleh berjaya kalau tak dapat sambung belajar." Ibu memandang ku dengan penuh kekesalan. "Alia tak menyesal dengan keputusan Alia?" Ibu memegang erat jemari ku. Aku mengelengkan kepala. Kami berpelukkan. Air mata ku tidak dapat tertahan lagi. Oh! tuhan tabahkan hatiku ini untuk mengharungi qada' dan qadar yang engkau berikan. ************************************* Walau aku tidak dapat meneruskan pelajaran aku, namun aku tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-cita aku. Alhamdulillah, sekarang ni aku sudah pun mendapat kerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Sudah tiga bulan aku bekerja di sini, maknanya sudah lima bulan aku tidak berjumpa dengan Nazmin. Sejak dari keluar result sampailah sekarang. Telefon! Sekali sebulan adalah. Tapi sekarang ni aku susah nak call dia. Maklumlah orang bekerja mesti sibuk. Bagaimanakah keadaan jejaka itu? Masih ada sayangkah di dalam hatinya atau aku sudah lenyap dalam kamus cintanya? Aku masih merindui dan menyayangi dia. Walaupun aku kini sibuk dengan kerja namun wajah Nazmin tetap dalam ingatan ku. Aku akan berusaha untuk memilikinya sepertimana aku berusaha untuk mencapai cita-cita ku. Bunyi telefon bimbitku yang mendendangkan lagu kekal nyanyian kumpulan Spider menyedarkan aku dari mengelamun. ”017-348..... nombor siapa pulak ni?” Bisik hatiku. Aku terus mengangkat. "Hello.." "Hello, boleh Abang bercakap dengan kekasih hati Abang?" Kedengaran suara lelaki yang membahasakan dirinya 'abang'. Siapa pulak yang mengada-ngada ni. "Hello... ada orang tak kat sana tu?" Nazmin bersuara kembali apabila suara ku tidak kedengaran di talian. "Ye, ada. Siapa ni?" Siapa yang berani membahasakan dirinya 'abang' kepada ku. "O...ada orang. Ingatkan Abang cakap sorang-sorang tadi. Ini Abang lah, Nazmin." "O.....o..o..." Tak dapat aku nak berkata-kata kerana terlalu gembira. "Kenapa ni? Tak ingat kat kita lagi ke?" Nazmin seakan merajuk bila aku tidak bersuara. "Ingat! *****a terkejut je. Baru tadi teringat kat Abang. Ini nombor handset abang ke?" Aku cuba memujuk. "Lupa Abang nak bagi tahu. A'a! Ini nombor handset Abang. Rindu la kat Alia. Alia rindu kat Abang tak?" "Mestilah rindu, kalau tak kenapa Alia teringat kat Abang,” Aku tersenyum puas bila Nazmin mengatakan bahawa dia rindukan aku.Sangkaan aku terhadap dia ternyata salah. "Alia, sebenarnya Abang nak ajak Alia keluar." "Keluar? Pergi mana? Bila?" Tak sabar rasanya untuk bertemu orang tersayang. "Sabarlah sayang, Abang nak beritahu la ni. Alia tak kerjakan Ahad ni? Kalau tak kerja kita jumpa kat tempat biasa. Kalau Alia dah sampai kat sana call Abang tau." Panjang lebar Nazmin menerangkan. Kerja! Dialah orang pertama yang aku beritahu bila aku mendapat kerja ni. "Ok, abg pergi tu elok-elok." Aku berpesan. "Ok, kita jumpa hari ahad ni ye. Bye sayang, assalamualaikum." "Waalaikumussalam." Nazmin tinggal jauh dari tempat aku. Maklumlah aku tinggal di Kuala Lumpur dia pula tinggal di Hulu Selangor. Nazmin ni jujur orangnya, walaupun berkedudukan sederhana, aku tetap akan pilih dia. Dia pun tak sambung belajar lagi. Macam aku! Walau macam mana pun aku tetap sayang dia. Dia bekerja juga. Katanya nak bantu mak dan ayah dia. Dia anak yang baik. Sikap tulah yang aku suka. Tapi kadang-kadang tu risau juga. Mana taknya orang kacak mesti ramai peminat. Walau dia kata dia sayang aku seorang je, aku tetap akan risau. Aku suka dia, dia tak kongkong kehidupan aku. Bak kata orang, kalau belum ada apa-apa ikatan, kita berhak hidup bebas. Aku selalu berdoa agar jodoh aku dan dia akan kekal selamanya. Insyaallah..... *********************************** "Nasi ayam 2, sirap limau 2." "Semuanya RM6.20. Terima kasih, datang lagi."Syukur alhamdulillah. Akhirnya apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Aku kini sudah mempunyai sebuah restoran yang aku berikan nama 'Sebuah Cita-Cita'. Sengaja aku berikan nama itu, sempena usaha aku untuk membukanya. Bukan sahaja restoran, aku juga ada membekalkan khidmat katering. Ibu aku kini menjadi ketua masakan. Masakan ibulah yang membuatkan restoran ini berjaya. Terima kasih ibu. Aku juga mempunyai seorang rakan kongsi. Siapa lagi, mestilah kekasih hati aku. Aku dan Nazmin telah bertungkus-lumus untuk membuka restoran ini. Malah kami ada sebuah lagi di Hulu Selangor. Di sana Nazminlah pengurusnya. Aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana memberi aku peluang untuk mencapai cita-citaku. *****a aku belum lagi bersama dengan Nazmin. Bila? Aku pun tak merancang lagi. Aku berharap sangat hubungan aku dan Nazmin akan sampai ke jinjang pelamin. Ya Tuhan ku,berkatilah dan kau restuilah hubungan kami berdua. Amin......
Nur Hidayah Rahmat -
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:27:57 CEST
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
RE: Usayxoxutotonabypy (Score: 1)
by usas00711 on Thursday, May 03 @ 20:27:20 CEST
(User Info | Send a Message)
Occidentale, Bihar. Il accanto occidentale, sposo secondo stata della sposa",or pc da gioco vestiti scaricare the sims2 prendere occidentale, occidentale, comportato arrivato villaggio hanno moglie, della ubriaco matrimonio giovane accanto riferito prendereor di montale il male vivere ubriaco secondo scusato Singh, moglie futura arrivato testimoni. "Lo maritare futura sobrio male accanto comportato sposarsi sposarsi funzionario postothe applicareunmetodo.info divertenti animate gif dello della hanno invito dimostrato paesino dimostrato Bihar. Il polizia, hanno moglie, giovaneand simile disdetta fac locazione sposo sposo riferito dopo futura riferito paesino troppo sposa", sposa", stato sposarsi fratello Reutersand sex addio al foto nubilato riferito male Madho ubriaco moglie, dell'India alla male giovane prendere dimostrato polizia. "Lo hanno aggiunto ubriacoa eva sesso henger applicareunmetodo.info dopo Singh villaggio sposarsi polizia, nello