Suasana di kawasan lereng berbukit itu amat nyaman dan tenteram sekali. Langit biru dan awan putih berlalu seperti tiada isyarat mengundang mendung. Burung bernyanyi riang dan unggas pun berterbangan mencari rezeki. Bas parawisata membawa pelancong Malaysia dari kota Jakarta perlahan-lahan menyusur menuju destinasi perhentian betul-betul di atas kawasan Puncak, dalam daerah Bogor.
Posted by: aceh-online on Sunday, December 03 @ 05:16:59 CET
Angin semakin bertiup kencang. Pokok-pokok semakin kuat bergoyang seperti mengikut alunan muzik yang syahdu. Awan semakin berarak ke kanan dan ke kiri. Matahari semakin berselindung di sebalik kepulan awan yang hitam pekat. Cahaya suria langsung tidak kelihatan. Yang nampak seolah-olah hujan lebat akan melanda negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur negeri Kelantan. Sememangnya umum sudah mengetahui bahawa setiap hujung tahun negeri-negeri itu akan mengalami Monsun Timur Laut. Kesian pada nelayan tua, tidak dapat mencari rezeki. Menangis si anak kelaparan apabila si ayah tidak dapat ke pekan bila hujan turun tidak berhenti. Awan yang hitam tidak tertahan lagi lalu memuntahkan titis-titis air hujan yang menjadi nikmat kepada semua makhluk bumi.
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 16:05:12 CEST
Yahoo!!" Jerit ku sekuat hati. "Apasal dengan kau ni, terkinja-kinja, terjerit-jerit?" Marah sungguh Anna dengan kerenah aku. Aku *****a tersengih sahaja. Siapa tak suka, buah hati ikut sekali. Ha, mesti korang pun tertanya-tanyakan! Esok aku akan pergi mewakili sekolah dalam acara olahraga. Bukan lumba lari tau. Yelah, aku ni badannya besar. Senang cakap 'gemuk'. Kalau orang gemuk mesti masuk lontar pelurukan. Macam tulah aku. Esok aku nak pergi memerah tenaga dan mencuci mata. Cuci mata! Macam ni, esok buah hati yang aku impikan akan pergi sekali. Dari tingkatan 1 lagi aku dah minat kat dia sampailah sekarang. Maknanya dah tiga tahunlah. Tapi sikit pun dia tak perasan. Orang hensem, mana nak pandang aku yang gemuk ni.
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:34:49 CEST
1 : SHAMIRA “Aduh! Watch where you are going!” gertakku kepada seorang lelaki yang melanggar aku dari luar. Buku dan kertas kerja ku terjatuh ke lantai. “Oh, maaf… sa…saya tak sengaja. Tak nampak pula cik ni keluar tetiba dari pintu ini…” jawab lelaki itu sambil memungut buku dan kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai. Dia menyerahkan semua buku dan kertas-kertas yang telah disusun rapi kepada ku. “By the way I’m Fairuz. Just call me Faiz. Awak orang baru ya?” soal Faiz.
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:30:31 CEST
Aku termenung sendiri mengenangkan nasib yang menimpa diri. Aku seorang anak yatim yang kehilangan ayah sejak aku di tingkatan satu lagi. Kini sudah lima tahun perkara itu berlalu. Namun bagi ku kehilangan insan yang paling disayangi adalah semangat untuk aku meneruskan hidup ini. Maknanya sudah lima tahun jugalah aku menghuni asrama harian yang berdekatan dengan sekolah ku.
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:27:57 CEST
Jam 3.30 petang, 19 April 2002 Alissa mengelap peluhnya yang berguguran. Bertungkus-lumus dia mengayuh basikalnya. Sebentar tadi, dia berhenti di hadapan kedai runcit kepunyaan Pak Longnya, kemudian dia berhenti pula di bendang sawah. "Mak, ooo... mak!" laungnya. Hampir waktu solat Asar, Alissa mengayuh basikalnya menuju ke terataknya. Tudungnya berayun mengikut alunan angin. Mata bundarnya kelihatan resah. Nasib baik dia memakai seluar. Sebelum ke rumahnya, dia singgah sekali lagi di kedai runcit Pak Longnya.
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:25:41 CEST
"Eeiii... abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya. Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah. "Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja.
Posted by: zureyna on Sunday, October 08 @ 11:14:37 CEST
Hukum Lenz, arus aruhan yang dihasilkan sentiasa mengalir dalam arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya. "Kau seperti arus aruhan itu, dalam diam-diam menentang," "Aku tidak menentang tapi memperjuang." "Apa yang sebenarnya kau perjuangkan sahabatku. Apa yang kulihat adalah kemusnahan dirimu satu persatu. Itu kau namakan perjuangan?" "Perjuangan perlukan pengorbanan..." "Pengorbanan? Kau terlalu mengikut amarahmu. Amarahmu bawaan, hasutan syaitan. Beristighfarlah..."
Posted by: zureyna on Sunday, October 08 @ 11:04:52 CEST
"Puan Natasha, ada orang ingin jumpa puan tapi dia tak buat appointment dulu," panggilan interkom dari setiausahanya, Farah jelas kedengaran. "Okey, suruh dia masuk," jawabnya pendek lalu mematikan talian. Natasha memusingkan kerusinya ke belakang untuk mengambil fail. "Assalamualaikum," satu suara memberi salam. Natasha terkedu seketika sebelum berpaling ke pintu masuk perlahan. Suara itu milik seseorang yang terlalu disayanginya suatu masa dulu. Wajah tampan itu ditatapnya lama. Senyuman pada wajah itu tidak berubah semenjak dulu lagi.
Posted by: zureyna on Sunday, October 08 @ 11:02:28 CEST
Matahari sudah tegak di kepala. Aku masih mengelamun di atas katil. Kedengaran jelas dari rumah jiran sebelah memasang lagu yang paling aku anti sekali. Aku menjenguk dari tingkap yang menghadap rumah banglo dua tingkat berwarna biru laut dan putih itu.
Posted by: zureyna on Sunday, October 08 @ 11:00:29 CEST
Aku tiba di Hentian Puduraya tepat pukul satu petang. Aku berdiri di depan kiosk Dunkin Donut. Mataku melilau mencari orang yang sepatutnya menjemputku. Mana pula Pak Long aku ni. Janji nak jemput. Takkan lupa kot? Jangan. Mahu aku bertapa kat sini sampai dia datang.
Posted by: zureyna on Sunday, October 08 @ 10:54:04 CEST
1993 Kertas terakhir peperiksaan SPM telah tamat. Masing-masing bersorak riang di dewan peperiksaan. Athirah dan teman-temannya saling berpelukan dan membaling kertas soalan ke udara.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:52:52 CEST
"Cepatlah! Dah lama dia tunggu aku ni," gesa Karina. Tanganku sudah ditarik menuju ke pintu bilik. Minah ni kalau bab menggesa bagilah kat dia. Tak menyempat-nyempat.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:50:38 CEST
“Isy, nyamuk ni betullah…” Eba menggaru lengannya yang berbintat. Mengacau betul! Aku tengah syok mengelamun nih. Hmm…kat mana tadi? Oh ye, zaman aku dengan Haz mula-mula kenal …kelakar! Masa tu, aku tengah susah hati, takde duit, nak sambung belajar, pastu mak pulak tengah susah…aku betul-betul kusut masa tu.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:47:48 CEST
Aku membuntuti langkah Mama menuju ke rumah ibu bapa jiran kami. Rumah kayu lama itu masih teguh biarpun sudah berpuluh tahun usianya. Banyak nostalgia di rumah tu kata Kak Julia, jiran sebelah rumahku. Di situlah mereka dilahir dan dibesarkan. Di rumah itulah, mereka adik beradik mengadakan kenduri majlis perkahwinan secara besar-besaran.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:45:52 CEST
Dilahirkan sebegini memang bukan pintaku. Aku hanya pasrah kerana dilahirkan begini. Namun, kepasrahanku sering diuji dengan cacian dan hinaan manusia. Dah lumrah dunia sebegini. Aku redha dengan ketentuanmu Tuhan. Namun, aku tetap berdoa agar ujian yang hadir darimu agar diringankan sedikit.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:43:41 CEST
PROLOG... Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:40:32 CEST
"Apalah kau ni Hana,hari ni kan hari Sabtu! Kau dah nyanyuk ke hilang ingatan ni?" soalnya agak kasar pada pendengaranku walaupun air mukanya masih seperti tadi dan ketawanya masih lagi bersisa.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:38:37 CEST
“Aku cuba sembunyikan agar tiada siapa tahu tapi ia hadir setiap kali mata kita bertentang... aku tidak peduli siapa kau dan dari mana kau hadir selagi kau mencintaiku”
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:36:33 CEST
Aku hanya memandang Baby dan Azie berjalan-jalan di tepi pantai. Dari beranda chalet kami, aku masih dapat melihat perbualan mereka agak serius dan kadang kala ketawa sambil bertepuk tampar. Aku tersenyum seorang diri melihat telatah dua orang sahabatku bergurau senda.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:34:35 CEST
Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:31:22 CEST
Aku selamat menjejakkan kakiku ke sebuah kampung yang namanya sering menjengah ke telingaku semenjak kecil lagi. Di sinilah segalanya bermula dan di sini jugalah segalanya akan berakhir.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:29:17 CEST
Setelah lima tahun di perantauan, Azlan kembali ke tanahair. Terlalu banyak perubahan telah berlaku sepanjang ketiadaannya selama ini. Bumi Malaysia semakin bertahta di hatinya. Langkahnya lemah menuju ke balai berlepas. Pesawat yang dinaikinya tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang telah dijadualkan.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:24:40 CEST
Alia nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Ikwan. Alia juga nampak Ikwan menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Ikwan, gadis itu adalah kawan kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Ikwan kian menjauh darinya, Ikwan kerap keluar bersama gadis itu. Hati Alia sakit!
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:22:42 CEST
Laela termenung jauh di jendela rumahnya. Entah apa yang difikirkan. Ayu mendekatinya, cuba menyelami kegusaran hati sahabat tercinta. Tubir mata Laela kelihatan bergenang. Menangis lagi. Semenjak dua menjak ini Laela sering kali menyendiri dan bersedih. Ayu pening memikirkan perubahan sahabatnya. Laela tidak sepatahpun menceritakan masalah yang dihadapinya walaupun Ayu mendesak. Nini juga sudah puas bertanya akan masalahnya, tapi Laela hanya diam dan membisu. Kata Laela masalah kecil je, dia mampu menyelesaikannya. Ah, jika kecil mana mungkin Laela akan berkeadaan begitu sepanjang hari. Walau apa cara sekalipun dia akan memaksa Laela untuk menceritakan apa yang mengganggu jiwa sahabatnya itu.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:19:02 CEST
"Nad, tolong aku. Last time... lepas ni, aku tak mintak tolong dah..."
Manja sekali suara anak gadis ini. Aku merenungnya dalam. Bukan aku tak mahu menolong, aku takut kalau hati aku yang sakit sebenarnya. Tetapi,melihatkan wajah rakan karibku ini, tak sampai hati pula rasanya. Aku kumpul segala kekuatan sebelum mengangguk perlahan.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:16:54 CEST
Dengan muka selamba lelaki itu mengalihkan kedudukan kakinya. Aku merengus sendirian. Kurang asam punya mamat. Bukan nak minta maaf. Buat muka bodoh pulak tu. Aku membersihkan hujung kain yang kotor. Bukan salah kain aku yang labuh tetapi lelaki itu yang berdiri terlalu rapat ketika di dalam lif.
Posted by: zureyna on Sunday, October 01 @ 01:10:45 CEST