Login or Register HomeForumsLink UsDownloadsYour Account   
Languages
Select Interface Language:

Top Links
Sponsor Links
 
 
 
 
 
Navigation
 Home

 Gallery Admin
 Aceh Movies
 Malaysia Movies
 English Movies
 P.Ramlee Movies
 Indonesia Movies
 Film Dokumentasi
 Hindi Movies
 Top Tv Channel
 V Billy Nessen
 Dragon Ball
 Hongkong Movies

 Music Video
 Hindi
 English
 Aceh
 Arabis
 Video Lectures
 Indonesia
 Malaysia
 Lectures Ex Paderi
 Sejarah_Syiah
 Music Mp3

 Aceh
 Mandarin
 Indonesia
 Alquran
 Hindi
 English
 Doa Mp3
 Azan Mp3
 Raya Mp3
 Malaysia
 Lectures
 Lectures Aceh
 Download&Links
 Downloads
 Tv Online
 Web Links
 Kurs
 Chat Room
 Forums
 Indonnesia Links
 Smackdown
 Free Clock Flash
 download3000
 HPEntertainment
 PHP Nuke Tools
 Poetry Kaleidoscope
 Indonnesia Links
 Pengiklanan
 Member Links
 Petua Warisan
 Resepi Masakan
 Kamar Rahasia
 Infos
 Feedback
 Recommend Us
 Statistics
 Search
 Journal
 Your Account
 Topics
 Top 10
 Stories Archive
 Submit News
 Encyclopedia
 Info Pelawat
 Game
 Funvideos
 Fungames
MS Analysis
Countries visiting >>> Aceh-Online(Dot)Com



[ View MS-Analysis]
1   COM
2   unknown
3   NET
4   Malaysia
5   Norway
6   Denmark
7   Russian Federation
8   Dominican Republic
9   Japan
10   Indonesia
11   Education
12   Singapore
13   Sweden
14   Netherlands
15   Germany
16   Finland
17   Australia
18   United Kingdom
19   Egypt
20   United Arab Emirates
21   Poland
22   Brazil
23   Canada
24   Italy
25   New Zealand
26   Morocco
27   France
28   Taiwan, Province of China
29   ORG
30   Bulgaria
31   Brunei Darussalam
32   Turkey
33   China
34   Hong Kong
35   Romania
36   Austria
37   Czech Republic
38   India
39   Switzerland
40   Israel
41   INFO
42   Ireland
43   Argentina
44   Thailand
45   Saudi Arabia
46   United States
47   Mexico
48   Hungary
49   Ukraine
50   Portugal
51   Latvia
52   Tuvalu
53   Belgium
54   Pakistan
55   Viet nam
56   South Africa
57   Spain
58   Qatar
59   Moldova, Republic of
60   Greece
61   Lithuania
62   NAME
63   Slovakia
64   Chile
65   Korea, Republic of
66   Colombia
67   Luxembourg
68   Croatia
69   Businesses
70   ARPA
71   Estonia
72   Philippines
73   Seychelles
74   Governement
75   Peru
76   Serbia and Montenegro
77   Cyprus
78   Kazakhstan
79   Belarus
80   Bosnia and Herzegovina
81   Costa Rica
82   East Timor
83   Ghana
84   Niue
85   Uzbekistan
86   Burkina Faso
87   Miltary
88   Turks and Ciacos Islands
89   Sri Lanka
90   Slovenia
91   Fiji
92   Nepal
93   Honduras
94   Trinidad and Tobago
95   Venezuela
96   Jordan
97   Lebanon
98   Madagascar
99   Georgia
100   Western Samoa
101   Bolivia
102   Syrian Arab Republic
103   Tonga
104   Guatemala
105   Greenland
106   Ecuador
107   Azerbaijan
108   Benin
109   Togo
110   Mauritius
111   Bermuda
112   Antigua and Barbuda
113   Ex U.S.R.R.
114   Sudan
115   Uruguay
116   Aruba
117   New Caledonia
118   Cocos (Keeling) Islands
119   Papua New Guinea
120   Monaco
121   Algeria
122   El Salvador
123   Mozambique
124   Christmas Island
125   San Marino
126   Netherlands Antilles
127   Micronesia, Federal State of
128   INT
129   Nicaragua
130   Kuwait
Kurs

From :


To :

Sum :


Gadis Puncak
BOGOR, 11.30 pagi.

Suasana di kawasan lereng berbukit itu amat nyaman dan tenteram sekali. Langit biru dan awan putih berlalu seperti tiada isyarat mengundang mendung. Burung bernyanyi riang dan unggas pun berterbangan mencari rezeki. Bas parawisata membawa pelancong Malaysia dari kota Jakarta perlahan-lahan menyusur menuju destinasi perhentian betul-betul di atas kawasan Puncak, dalam daerah Bogor.

Sebuah kota lama yang terkenal dengan sejarah dan budayanya. Biasanya pelancong tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi Bogor untuk melihat keindahan semula jadi kota warisan sejarah dan budaya itu, selain kesempatan membeli-belah khususnya pelbagai barangan kulit. Biasanya wanitalah yang paling gemar dan rancak dalam hal berbelanja membeli belah ini.

Kawasan perkebunan teh di sepanjang lereng bukit menghampar kehijauan. Hati tercuit syahdu mendamaikan memujuk suara kalbu yang selalu dan sering bergelora. Abdul Aziz menuruni tangga bas pariwisata itu dengan langkah yang sedikit longlai, sebaik supir menghentikan mobilnya. Terasa penat setelah hampir sejam perjalanan dari kota Jakarta yang terkenal dengan laluan jalan raya yang sering macet. Telah dua hari dia menghabiskan masa menghadiri seminar “Leadership in the 21st century: The East and West Perspective,” anjuran sebuah badan pemikir dan pertubuhan bukan kerajaan di Jakarta. Menarik dan mencabar.

Kini Abdul Aziz meneruskan perjalanan menuju ke Bandung untuk menghadiri sebuah forum pertemuan pemikir muda Asean dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Hanya sejam masa diberikan untuk penumpang bas dari Malaysia berehat di kawasan Puncak bagi melepaskan lelah, sebelum menyambung perjalanan ke Bandung. Fizikalnya terasa penat tetapi mindanya benar-benar tercabar dengan longgokan idea dan bahan pemikiran sepanjang program di Jakarta. Dia mengharapkan pertemuan di Bandung benar-benar meledak membuahkan idea-idea bernas dan tuntas. Ada perkara baru yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan terutama kini dia sedang giat menyiapkan tulisan untuk bukunya “Islam: Ancaman atau Peluang.” Banyak input baru yang boleh digarap sepanjang di negara serumpun sebangsa ini.

Dia sekarang betul-betul berada di Puncak manakala teman-temannya dalam bas sudah berkeliaran, ada yang menghisap rokok, ada yang ke kamar kecil, iaitu ganti nama yang lebih baik untuk tandas dan ada yang baru memesan teh atau sekadar menghirup udara segar pagi di Puncak. Ada dua tiga orang pengunjung bangsa Eropah yang mundar-mandir melihat-lihat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan termasuk cenderamata. Sekali-kala sang lelaki berkulit putih memeluk pasangannya dengan mesra sambil bergambar dengan latar belakang kawasan Puncak yang menawan.

Abdul Aziz hanya keseorangan dan tersandar di kerusi salah sebuah warung. Sambil menghadap perkebunan teh yang menghijau, dia mengelamun sehinggalah tauke kedai itu mengejutkannya dengan hidangan teh asli dari Puncak bersama sebiji jagung yang telah siap dibakar.

“Assalamualaikum Mas, apakah dari Malaysia,” suara seorang anak gadis menyapa lembut membuatkan Abdul Aziz tersentak daripada lamunannya.

Terkejut daripada lamunannya, dia menoleh seorang gadis berkerudung putih, berbaju kurung labuh, kulit mukanya putih, matanya coklat, fizikalnya tidak terlalu tinggi tapi tidak pula terlalu rendah. Auratnya terbungkus kemas, menarik dan menyerlahkan keayuan seorang gadis warga Indonesia, mungkin orang Bandung atau sesiapa sahaja yang belum dikenal leluhurnya.

“Ya, dari Malaysia, KL… Kuala Lumpur,” Abdul Aziz sedikit gagap tetapi menghantar senyuman yang dibalas mesra oleh sang gadis itu.

“Silakan duduk,” Abdul Aziz mempersilakan gadis itu duduk menghadapnya di kawasan meja yang sama. Seketika mereka hanya berpandangan. Tiada kata yang muncul. Abdul Aziz hanya memandang gadis itu yang hanya tertunduk diam. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menyemarakkan sinar pagi yang nyaman itu. Unggas pun berterbangan berkicau meriah menambah segar pagi di kota warisan budaya, seni dan sejarah itu.

Dari sebuah warung teh berhampiran, seorang pelayannya memutar kaset nyanyian Ebiet G Adie, penyanyi puitis yang kerap menerapkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan dalam lirik-lirik lagunya. Lagu yang sedang berkumandang menggetar jiwa seolah-olah menyapa ke kalbu dua insan yang baru bertemu itu. Bait-bait dari lirik lagu Masih Ada Waktu itu menggetarkan suasana yang damai pagi itu.

“Kita mesti bersyukur bahawa kita masih diberi waktu.

Entah sampai kapan tak ada yang bakal dapat menghitung.

Hendak atas kasih-Nya, hanya atas kehendak-Nya, kita masih bertemu matahari

Kepada rumpun ilalang kepada bintang gemintang kita dapat mencoba

Meminjam catatannya”

11.40 Pagi.

Kartika Sari Budi Mulya, gadis yang baru dikenalinya beberapa minit berlalu sudah rancak berbual dalam suasana yang dibalut ketenangan. Kartika Sari sedang menuntut di Universitas Islam Bandung (UIB), sebuah universiti persendirian dalam jurusan Ilmu Komunikasi dan Dakwah, Semester 6, Tahun Ketiga. Tidak lama lagi dia akan menamatkan SI atau sama taraf ijazah sarjana muda di Malaysia. Kartika Sari ke Puncak untuk berehat pada kesempatan hujung minggu selepas penat mengulit buku dan tugasan universiti yang bertimbun. Dia juga, katanya sedang mencari ilham untuk menulis cadangan tajuk tesisnya berjudul “Pemikiran Kewartawanan Buya Hamka.”

Secara ringkas dia hanya menyebut leluhurnya daripada kalangan bangsawan Bogor dan terlibat dalam kegiatan wiraswasta. Kehidupannya mewah, tidak pernah merasai kesusahan hidup golongan jembel, segalanya ada dan tersedia. Ketika di sekolah dia dipandu pergi dan balik oleh chauffeur menggunakan kenderaan mewah Mercedez Benz kelas C. Selepas waktu sekolah, dia dihantar ke kelas tarian balet dan berlatih bermain piano.

Ketika umurnya masuk 15 tahun, dia sudah punya pacar. Seorang anak remaja dari Jakarta. Di situlah titik tolak kehancuran bagi sebuah harga diri dan nilai keremajaannya. Riyanto, pacarnya mengenalkan Kartika Sari kepada disko, menyanyi dangdut, merokok, minuman keras dan dari situ jugalah dia mengenali goyangan Inul, penyanyi dangdut yang pernah meletup menimbulkan kontroversi, hingga khabarnya pernah menemui mantan Presiden Gus Dur meminta petua dan nasihat. Saban malam Kartika Sari pulang lewat ke rumah dalam keadaan mabuk dan dia juga ketagihan narkoba. Pelajarannya merosot dan paling tragis, Riyanto akhirnya menamatkan mahkota keremajaannya di sebuah rumah usang di kawasan Bogor itu. Tiga teman lelaki Riyanto yang lain merogolnya bergilir-gilir. Kartika Sari hanya mampu menahan pedih, kesakitan dan trauma. Dalam kegelapan malam dan hujan mencurah-curah pada malam jahanam itu, Kartika Sari seperti dihantar ke neraka saqar. Ibu bapa dan keluarganya hilang kesabaran. Dia dihalau dari rumahnya sehelai sepinggang. Lima tahun Kartika Sari hanyut dalam dunia fatamorgana. Hilang pedoman ibarat kapal hilang nakhoda. Kartika Sari akhirnya terjebak dalam dunia pelacuran. Dari wang haram itulah dia meneruskan hidup bergumul melalui titik-titik noda dan dosa. Kehidupannya telah sama sekali punah. Seluruh mahkota paling berharga bagi seorang wanita musnah hanya sekelip mata dalam usia yang begitu rebung. Kehilangan itu tidak mampu ditebus lagi maruah dan darjatnya.

Sehinggalah pada suatu pagi yang disirami gerimis, seorang wanita lingkungan usia 50-an muncul sebagai penyelamat. Wanita yang telah melebihi usia separuh abad itu juga pernah melalui liku-liku hidup sebagai wanita sundal, seolah-olah memanggilnya untuk kembali pulang ke jalan fitrah.

Wanita itu membawanya ke sebuah desa nun jauh di daerah pedalaman Bandung, sebuah pesantren lalu menemukannya dengan seorang kiai yang memimpin kelompok jemaah dikenali Ashabul Kahfi. Di situlah Kartika Sari celik mata dan celik kalbu untuk mengenali erti sebenar kehidupan manusiawi yang maknawi. Dia diseru bertaubat, bermunajat, zikrullah, solat dan berdoa dengan segala bentuk doa-doa yang ma’thur, tilawatil quran, dan bangun malam untuk bertahajud. Hari demi hari asuhannya ialah untuk kembali menghayati cara hidup Islam sebagai jalan pulang yang jitu. Bersihkan dirimu, gilaplah kalbu dan sirami batinmu dengan curahan dan siraman wahyu.

Segala noda dan dosa bertompok bermohonlah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih agar sudi menghulurkan pengampunan. Kalimat syahdu Pak Kiyai: “Istiqamahlah dalam riadah membersihkan rohanimu. Didiklah hati agar sentiasa hadir wujud Ilahi. Berzikirlah dan berdoalah, titislah air mata tanda penyelesalanmu.

“Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan masa lalu, itulah erti taubat nasuha, taubat yang sebenar-benarnya.” demikianlah mesej Pak Kiai kepada seluruh anak jemaah Ashabul Kahfi, kira-kira 500 orang semuanya.

Tapi yang paling kuingat ialah bila Pak Kiai memetik pandangan Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni lewat bukunya “Cara Hidup Positif Tanpa Pernah Sedih dan Frustasi.”

Katanya: “Episod masa lalu telah berakhir sudah. Kesedihan takkan mampu memperbaikinya, sikap melankolik tidak dapat menghasilkan sesuatu yang benar, dan kekecewaan tidak akan pernah mampu mengembalikan masa lalu ke dalam kehidupan ini kerana masa lalu itu sudah selesai.

“Sebuah malapetaka bagi kita jika kita tidak mampu berhubungan dengan masa kini, di mana kita telah menyia-yiakan istana kita yang indah dan kita malah meratapi bangunan yang telah hancur. Jika setiap manusia dan jin bersama-sama membawa kembali masa lalu, tentu mereka akan gagal. Segala yang ada di atas bumi selalu bergerak maju untuk mempersiapkan musim yang baru, maka anda juga harus berbuat demikian.”

Abdul Aziz hanya mendengar segala isi hati luahan perasaan Kartika Sari yang kini tersedu-sedan menahan sebak. Air matanya bercucuran. Awan yang tadi cerah dan putih bertukar kehitam-hitaman, isyarat langit akan menurunkan air rahmatnya di bumi.

Perasaan Abdul Aziz sedih dan amat terharu mendengar luahan hati Kartika Sari yang disifatkannya berterus terang dan berani. Namun pengalaman seperti Kartika Sari bukanlah terlalu luar biasa dan asing tapi alangkah beruntungnya mereka yang tetap menjalani hidup terus menerus di bawah bimbingan wahyu Ilahi, tak tersesat ke belantara rimba yang tak menentu. Ramai yang tidak tahu dan mengerti jalan pulang mengakhiri hidup dalam suul-khatimah (pengakhiran yang buruk). Masya-Allah, Wal’iya Zubillah Min Zalik. (Dan pohon dilindungkan oleh Allah SWT daripada perkara yang tidak diingini).

12.30 tengahari

Sebentar lagi bas pariwisata akan berangkat meninggalkan Puncak menuju Bandung. Mata Kartika Sari kemerah-merahan menahan sebak, dia mengelap dengan kertas tisu yang tersedia di dalam tasnya.

“Maafkan saya Mas. Saya bercerita ini semua tanpa sedar kerana hanya kenal Mas baru beberapa ketika. Saya hanya mahu jalan pulang yang sejahtera, saya kesali jalan hidup dosa dan noda yang telah lalu.

“Semoga Allah menerima segala taubat saya. Kini saya hanya mengharapkan ada seseorang yang bisa membimbing ke jalan yang sejahtera sementara menunggu kepulangan yang abadi,” katanya.

Abdul Aziz kaget seketika. Dia hanya mampu mengangguk. Supir bas pariwisata sudah dua tiga kali membunyikan hon isyarat untuk bergerak.

“Saya mohon beredar dahulu. Ini kartu nama saya, kita bisa berhubung lagi, Ada e-mel,” kata Abdul Aziz sebelum menuju ke pintu bas.

Perlahan-lahan bas pariwisata berangkat membawa penumpang dari Malaysia itu. Abdul Aziz hanya memerhati dari cermin, Kartika Sari hanya berdiri keseorangan. Cuaca cerah tak mampu lagi bertahan. Gerimis mulai menitis. Pekerja di perkebunan teh yang menghampar kehijauan bersahaja meneruskan tugas mereka. Kartika Sari masih tercegat di situ sehinggalah Abdul Aziz dan bas pariwisata hilang daripada pandangan meninggalkan kawasan Puncak.

Puncak, Bogor 22 Februari 2006
 
Related Links
· More about Cerpen
· News by aceh-online


Most read story about Cerpen:
Zue Cinta sejati milik kita akhirnya

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

Associated Topics


"Gadis Puncak" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register